Your Life is between the Heaven and Hell.. Between Demon and Angel.. Just you the one that can choose which path you go.. Heaven is the good reward.. Hell the other way..


Showing posts with label kebenaran. Show all posts
Showing posts with label kebenaran. Show all posts

Saturday, June 15

Kemana kamu pergi.. Ingat asal usul mu

Assalamualaikum...


Setelah sekian lama saya membisu dari laman sesawang bernama Blog ini.. Kini Lagenda Meen San kembali dengan diri yang baru. Rasullullah S.A.W pernah bersabda yang mengajar kita agar menuntut ilmu biar sampai ke negeri China. Hadis itu bermaksud Nabi Muhammad mengajar kita supaya menjauhkan langkah kita dari tempat asal kita dengan tujuan supaya kita mengenali dunia luar yang sememangnya luas. Ya memang betul, jauh berjalan banyak pengalaman dan ilmu yang dapat kita pelajari. Ini kerana berbeza kaum dan tempat mempunyai ilmu dan cara hidup yang berbeza yang sememangnya Islam sarankan untuk kita berhijrah mencari pengalaman.

Tapi walau bagaimanapun, jauh berjalan membuat kita hilang pandangan dari tempat asal kita. Ramai yang kurang ilmu telah berhijrah akhirnya lupa akan asal usul mereka yang datang dari tempat yang rendah tarafnya. Memang indah melangkah kaki ke tempat lain untuk mencari pengalaman yang berbeza dari biasa tapi kita perlu ada satu keyakinan agar kita tidak meninggalkan adat dan asal usul kita. Sejauh mana kamu pergi, sehebat mana kamu di tempat itu, sekaya mana kamu sudah jadi disitu, kamu perlu tahu yang kamu punya tempat asal yang memerlukan kamu. Mereka mahukan ilmu dan pengalaman yang telah kamu cari itu mungkin kerana mereka tiada peluang untuk berhijrah seperti kamu. Kamu kena ingat yang kamu melangkah kaki adalah untuk mencari ilmu yang terbaik iaitu pengalaman supaya kamu mampu belajar membina diri seterusnya umat kamu. Bukannya kamu melangkah diri untuk mencari keindahan dan meninggalkan asal kamu. Maka celaka lah kau kerana tanpa tempat asalmu ini kamu tidak akan mampu berdiri seperti mana kamu berdiri sekarang.

Ilmu yang terbaik adalah pengalaman dan kelas yang terbaik adalah jalanan. itu kamu perlu tahu tapi hakikatnya kamu perlu tambah. Matapelajaran yang terbaik ialah Islam. Guru kamu adalah Muhammad S.A.W. Kelas kamu ialah dunia yang penuh dosa. Pena kamu ialah akal. Pengawas kamu adalah malaikat. Gangguan kamu adalah syaitan dan nafsu. Pemeriksa kamu adalah Allah Taala. Dan keputusan yang baik adalah Syurga dan yang buruk adalah Neraka. Luaskan lah langkah kamu wahai anak muda. Sesungguhnya ilmu itu bukan saja pada buku tapi ada dimerata dan ia bukan saja ABC malah adalah ilmu tukangan, berniaga, bekerja dan bagai-bagai lagi. Tapi ingat asal usul mu yang merupakan pendidik mu yang terawal sebelum kamu hebat seperti ini..

Sekian.. Segala kurang dan silap sila komen pada hamba. Sesungguhnya hamba hanya manusia yang sama seperti anda...


Saturday, April 30

Wanita VS Lelaki

Ramai berkata ...apa beza laki dan wanita......
Ramai jugak yg tanya...kenapa wanita bnyak pantang larang dr lelaki...
Ade lagi soalan.....kenapa wanita beragama perlu jaga lebih skit...kene tudung labuh..selalu bawak Quran..x macam lelaki yg belaja agama...boleh je pakai jeans..biasa je...tapi ade agama
..................kenapa..........
....................................................................................................................................................
Sebab memang lumrah......wanita memang dijadikan begitu.....
wanita mempunyai 9 nafsu tetapi 1 akal...manakala lelaki mempunyai 1 nafsu 9 akal...
ramai yg tidak percaya takdir ini.....memang sukar kalau tidak berfikir guna akal dan pengalaman......
kenapakah.......
sebab wanita selalu berkata lelaki ni kuat nafsu....jahat...sepatutnya lelaki lah 9 nafsu....
salah itu salah.....
tidak hamba ingin mengecil2kan wanita.....tetapi hanya melontarkan kebenaran....
Cuba kita lihat pemikir2 hebat....Ibnu Sina....Khawarizmi....Isaac Newton...Einstein....adakah mereka wanita....tidak.....
Ini melambang lelaki mempunyai 9 akal........tapi utk mencapai kehebatn 9 akal itu sukar..hanya mereka ini sahaja yg berjaya......nafsu lelaki...yg dikatakan serakah itu...hanyalah 1 nafsu sahaja.....
.......................................................
Begitu juga wanita...ramai dikalangan kita,,sekeliling kita...ramai wanita yang cerdik pandai..di sekolah..di kolej..semua di monopoli oleh wanita...mereka pandai...tetapi pandai wanita itu hanyalah 1 akal,,sebab itu tiada pemikir yg hebat dari wanita..kerna akal mereka hanya terbatas pada 1 jer......tpi kita lihat pula pada akhbar.....berita....wanita gila nafsu....ini semua kerana mereka sudah sampai nafsu mereka yg kesembilan...memang sukar utk wanita mencapai nafsu kesembilan itu..macam lelaki memang sukar utk mencapai akal ke sembilan itu....tapi ila sudah sampai...cukup hebat.........cukup gerun......
................................................................................................................................
................................................................................................................................
Oleh itu......wanita jangan lah kau rasa Tuhan tidak adil....ada kelebihan bg wanita...banyak sekali...lelaki tidak dapat...lelaki hanya dapat sedikit kebebasan.............orang lain pulak...jangan pikir pelik.....kenapa lelaki agama x seberapa sama dengan wanita agama.....sebab memang lain.....wanita kena lebih jaga nafsu...sebab nafsu sekarang ialah satu kalau terlanjur jadi sembilan......lelaki teruk2 mane pon nafsunya tetap satu.........
Ingat...wanita perlukan lelaki..lelaki juga perlukan wanita..Hawa dicipta utk Adam...begitulah sebaliknya.....saling memerlukan.....lelaki jaga mata...wanita jagalah tubuh..kerna tubuhmu memang dicipta utk daya tarikan.........
......................................................................................


Ikhlas dari...........
-Lagenda Meen San-