Your Life is between the Heaven and Hell.. Between Demon and Angel.. Just you the one that can choose which path you go.. Heaven is the good reward.. Hell the other way..


Saturday, June 15

Kemana kamu pergi.. Ingat asal usul mu

Assalamualaikum...


Setelah sekian lama saya membisu dari laman sesawang bernama Blog ini.. Kini Lagenda Meen San kembali dengan diri yang baru. Rasullullah S.A.W pernah bersabda yang mengajar kita agar menuntut ilmu biar sampai ke negeri China. Hadis itu bermaksud Nabi Muhammad mengajar kita supaya menjauhkan langkah kita dari tempat asal kita dengan tujuan supaya kita mengenali dunia luar yang sememangnya luas. Ya memang betul, jauh berjalan banyak pengalaman dan ilmu yang dapat kita pelajari. Ini kerana berbeza kaum dan tempat mempunyai ilmu dan cara hidup yang berbeza yang sememangnya Islam sarankan untuk kita berhijrah mencari pengalaman.

Tapi walau bagaimanapun, jauh berjalan membuat kita hilang pandangan dari tempat asal kita. Ramai yang kurang ilmu telah berhijrah akhirnya lupa akan asal usul mereka yang datang dari tempat yang rendah tarafnya. Memang indah melangkah kaki ke tempat lain untuk mencari pengalaman yang berbeza dari biasa tapi kita perlu ada satu keyakinan agar kita tidak meninggalkan adat dan asal usul kita. Sejauh mana kamu pergi, sehebat mana kamu di tempat itu, sekaya mana kamu sudah jadi disitu, kamu perlu tahu yang kamu punya tempat asal yang memerlukan kamu. Mereka mahukan ilmu dan pengalaman yang telah kamu cari itu mungkin kerana mereka tiada peluang untuk berhijrah seperti kamu. Kamu kena ingat yang kamu melangkah kaki adalah untuk mencari ilmu yang terbaik iaitu pengalaman supaya kamu mampu belajar membina diri seterusnya umat kamu. Bukannya kamu melangkah diri untuk mencari keindahan dan meninggalkan asal kamu. Maka celaka lah kau kerana tanpa tempat asalmu ini kamu tidak akan mampu berdiri seperti mana kamu berdiri sekarang.

Ilmu yang terbaik adalah pengalaman dan kelas yang terbaik adalah jalanan. itu kamu perlu tahu tapi hakikatnya kamu perlu tambah. Matapelajaran yang terbaik ialah Islam. Guru kamu adalah Muhammad S.A.W. Kelas kamu ialah dunia yang penuh dosa. Pena kamu ialah akal. Pengawas kamu adalah malaikat. Gangguan kamu adalah syaitan dan nafsu. Pemeriksa kamu adalah Allah Taala. Dan keputusan yang baik adalah Syurga dan yang buruk adalah Neraka. Luaskan lah langkah kamu wahai anak muda. Sesungguhnya ilmu itu bukan saja pada buku tapi ada dimerata dan ia bukan saja ABC malah adalah ilmu tukangan, berniaga, bekerja dan bagai-bagai lagi. Tapi ingat asal usul mu yang merupakan pendidik mu yang terawal sebelum kamu hebat seperti ini..

Sekian.. Segala kurang dan silap sila komen pada hamba. Sesungguhnya hamba hanya manusia yang sama seperti anda...