Your Life is between the Heaven and Hell.. Between Demon and Angel.. Just you the one that can choose which path you go.. Heaven is the good reward.. Hell the other way..


Showing posts with label taubat. Show all posts
Showing posts with label taubat. Show all posts

Wednesday, May 18

Dengar ini Dengar...Ada Kisah

" Maka apakah kamu beranggap bahawasanya Kami menciptakan kamu secara main-main "
.... - surah al mukminun [23] - ...


Berfirman pula Allah pada hadith qudsi " Aku adalah Perbendaharaan yang Tersembunyi, oleh itu Aku amat merindui untuk dikenali "


.....Nabi pula pernah bersabda ...." kata Daud semasa dia berbicara bersama Tuhan.....' wahai Allah..siapakah antara hamba2 Engkau yang paling Engkau cintai '..........' Hamba-hamba yang paling Ku cintai adalah mereka yang penuh taqwa hatinya.....bersih kedua2 tangannya.. tidak menyusahkan orang lain..tidak membuat fitnah ke sana ke mari...gunung ganang berubah namun dia tidak berubah.....dia mencintai Ku....mencintai orang yang mencintai Ku.. dan mengajak hamba-hamba Ku mencintai Ku ' ......."


.........................................................................................



Manusia kadang-kadang lupa akan diri mereka............kadang2 bukan hanya Tuhan yang perlu kita sayangi....orang yang sayangkan Tuhan juga perlu kita sayangi....yang paling penting...kita perlu sayang akan manusia yg sayangkan kita..Tuhan itu Maha Melihat...Dia selalu tahu apa yg dilakukan oleh semua hamba-hambaNya......cuma kita yg tidak sedar akan kewujudan itu...jangan pula kita hanya penting kan diri sendiri untuk menyayangi Allah....sayang lah Dia sambil kau sayang orang disekeliling mu....
Pernah terjadi kisah...seorang ibu tunggal 4 anak pulang rumah dengan hanya membawa pulang ikan masin untuk anak2 nya.....
" ish apa ni mak..ikan masin je hari2...bosan lah "......" woi ko diam sial....ni kire untung lah mak bawak balik makanan.....kalau x makan pinggan kau arini.."....." alamak sibuk..aku x cakap ngan kau lah "...." wei kuang haja kau kan.....kau memang nak makan pinggan ke...nak sangat...nakkk "................mak pegang tangan along..." sudah..sudah...jgn la kau nak pukul adik kau pulak along....alaaaa angah pon...suke cari pasal ngan abg kau .....esok mak beli makanan lain ye "....."tak payah layan mak..budak baget bandar ni.....bukannya die nak bersyukur pun...tengok..buat muke masam..wei akuuu "...." sudah along..sudah....tengokkan acik tu "................
Angah datang kepada ibu...." mak,,,mak bt ape...keje tapi xde makanan yg best....mak bt ape ngan duit tu mak..mak menjoli ye...mak pg kelab ye...mak duk ulang perangai lame mak tu nape....bapak dah xde......dulu bapak kaki mabuk sekarang mak pulak ke ...along pun same...manetah duit die"....."dushhhhhh" melekat spanar hidup  kat muka angah...'kuang hajar punye adik..kau berambus dr rumah ni...aku keje ngan mak penat2 kau pikir bukan2.....kau nak jadi ape ni haa.." ........." jgn  along...sabar along...jgn halau adik kau tu" rayu mak sambil mnangis............
" SPM due bulan lagi..belaja satu ape pun belum..aduih runsing aku duduk dalam keluarga ni...abang mcm sial..mak kedekut..adik duk bising je.......baik aku yg keje "....." kau jangan mengade nak keje...aku sepak kau kang...belaja betul2..jgn jadi mcm aku ni..keje makan gaji je "......" biar aku keje makan gaji.....dari merempat mcm ni "....."angah...angah...Zamil !!! "....
langkah Zamil terhenti..." wei pegi matilah...."........
Zamil pulang dari sekolah.......di depan jalan dia melihat ramai manusia berkerumun......" ade apa ni pak mat "......" Ya Allah..nasib baik kau ade...abang kau..abang kau exident "..... "haa exident ".............
" Doktor..mcm mane dengan anak saye doktor....die ok ke..."........
Doktor Izzul hanya menggelengkan kepala tanda kepiluaan melanda hati seorang ibu tunggal
.............Zamil kaget...hanya duduk diam membisu......" abang aku mati..sape nak jage keluarga aku "....Zamil tidak menangis...mungkin kerana hati batunya..atau dendam terpendam pada abang nya.......
Dirumah mak memberi kotak bungkusan peninggalan along kepada angah.....angah hanya membisu......." bukak lah kotak tu "..........
Buka saja kotak itu....seribu air mata Zamil berderai.........segala gambar2 keluarganya.... ibunya..bapanya..dia dan adik...dan ......gambar abangnya tersimpan rapi..paling memilu.... Zamil melihat cek yg telah di sahkan diatas namanya yg bernilai 20 ribu.......sepucuk surat menuliskan..........' Jika aku pergi..guna duit ini sebaiknya..jaga adik2..ini duit dari peluh aku dan mak... aku xnak kau keje susah mcm aku..keje elok2 nanti '........
Tidak terhenti2 air mata Zamil menatap wajah abangnya...seorang yang cekal menjaga keluarga..walau dalah pahit setiap saat bersama adiknya yg dia sangat sayangi.......
" aku janji along..aku janji...aku jaga keluarga ini "


......................................................................................................................................


Memang ini kisah benar tapi sudah di edit namanya...segala nama yg tertera tidak ada kaitan dengan siapa2 yg masih hidup atau pun sudah mati.....
















keluhan.....
..lagenda meen san..

Thursday, April 28

Dengar ini Dengar...

Ahmad dan Ali adalah dua orang sahabat baik dan mereka tinggal berjiran. Kedua-duanya hidup dalam kemiskinan dan kesempitan. Setelah seharian berusaha, masing-masing akan berdoa. Begitulah kelaziman mereka berdua. Mereka akan singgah di masjid setiap kali habis bekerja untuk solat dan berdoa.


"Apakah doamu pada hari ini?" tany Ahmad kepada sahabatnya, Ali.
"Aku berdoa agar esok hari aku dimurahkan rezeki. Bulan ini perbelanjaanku lebih daripada biasa," jawab Ali.
"Doamu?" Ali pula bertanya kepada Ahmad. Ahmad hany tersenyum tanpa berkata apa.


Keesokan harinya, Ali memberitahu Ahmad berita gembira. "Alhamdulillah, doaku semalam telah dimakbulkan Allah. Majikanku beri bonus pada hari ini."
"Alhamdulillah, hari ini kau akan berdoa apa pula?" tanya Ahmad.
"Aku berdoa moga isteriku selamat bersalin." jawab Ali.
Mereka berdua pun masuk ke dalam masjid lalu mengerjakan solat serta berdoa.


Sejurus usai berdoa, Ali bertanya, "Kau pula berdoa untuk apa hari ini?".
Ahmad tersenyum, masih tidak menjawab.
Beberapa hari kemudian, Ali memberitahu berita gembira. "Syukur isteriku selamat bersalin malam tadi. Nampaknya doaku makbul, Mad."
"Alhamdulillah... Tahniah, Ali."
"Aku berdoa juga agar anakku selamat," kata Ahmad dengan wajah muram.
"Kenapa dengan anakmu?"
"Anakku yang bongsu sakit, Ali. Keadaannya amat membimbangkan."
"InsyaALLAH, kau doalah kuat-kuat sikit. Minta anakmu selamat," kata Ali.


Beberapa hari kemudian, mereka berbual seusai solat seperti kebiasaannya.
"Bagaimana dengan anakmu?" tany Ali.
"Macam itu juga. Sudah beberapa hari tapi keadaannya cuma bertambah baik sedikit sahaja."
"Doa banyak lagi Ahmad. Aku tidak sangka doaku sangat makbul. Hampir setiap yang aku doakan mustajab. Tapi kau......"
"Kenapa dengan aku?"
"Mad, aku lihat Ahmad doamu tidak mustajab." Ahmad tersenyum...
Melihat Ahmad tersenyum, Ali semakin hairan lalu bertanya lagi, "Aku hairan, doamu tidak mustajab."
"Sebenarnya doaku telah banyak dimakbulkan Allah. Syukur Alhamdulillah."
"Doa yang mana? Sebab aku lihat tiada tidak ada apa-apa perubahan pada kau."
"Doaku sejak dulu hanya untukmu sahabatku. Setiap hari aku berdoa agar Allah makbulkan setiap apa yang kau doakan padaNYA.